PEMAKANAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
LATIHAN ATAU PERTANDINGAN
Makanan sebelum
pertandingan
Semasa aktiviti fizikal
yang giat (vigoron), otot akan memilih sumber tenaga dari karbohidrat
berbanding lemak. Ini adalah kerana tenaga daripada karbohidrat lebih senang
diperolehi tanpa perlu memerlukan bekalan oksigen yang banyak. Sumber tenaga
yang paling cepat diperolehi ialah glikogen yang di simpan dalam otot-otot.
·Atlit yang menceburi acara
marathon, berbasikal jarak jauh, mendayung memerlukan bekalan karbohidrat yang
lebih tinggi. Bekalan tersebut biasanya disimpan di otot dan hati
·Jangan makan terlalu
kenyang sebab perut yang penuh dengan makanan berkecenderungan mengalami
kecederaan terutama dalam sukan . Ini disebabkan darah akan tertumpu di
bahagian organ penghadaman dan kurang di bahagian otot dan otak yang diperlukan
untuk aktiviti fizikal
·Amalkan makanan yang
mengandungi karbohidrat kerana ia lebih mudah dan cepat dihadam daripada
makanan yang mengandungi lemak
·Elakkan makan yang pedas
dan minuman yang bergas. ini akan menganggu proses penghadaman. Atlit akan
meras tidak selesa semasa pertandingan kerana perut akan memulas dan
menyebabkan sendawa (burping)
·Cecair yang diminum harus
senag diserap dan dihadam. Susu, kopi dan teh harus dielakkan sebelum
pertandingan kerana minuman ini susah untuk dihadamkan. Air adalah minuman yang
paling sesuai
·Seseorang atlit harus
sekurang-kurangnya makan 2 – 3 jam sebelum sesuatu pertandingan. Ini
membolehkan makanan dihadam dan perut tidak rasa penuh. Pada masa yang sama,
atlit juga tidak harus rasa terlalu lapar sebelum pertandingan
Pemakanan semasa
pertandingan
Jangkamasa pertandingan
yang lama akan mengakibatkan kehilangan air dan sesetengah mineral melalui
proses perpeluhan. Sumber tenaga karbohidrat juga akan kehabisan. Adalah
penting untuk menitik beratkan tiga nutrien tersebut semasa pertandingan.
i)air
seseorang atlit akan
kehilangan air yang banyak terutamanya jika bertanding dalam keadaan cuaca yang
panas. Air akan hilang melalui peluh juga akan mengakibatkan peningkatan
kepekatan darah dan menurunkan volum darah. Penurunan volum darah ini membawa
akibat kepada jantung kerana jantung terpaksa mengepam lebih cepat lagi. Banyak
gejala yang buruk akan timbul seperti dihidrasi dan stress haba akan menyusul
akibat kekurangan kandungan air dalam badan. Meminum air yang banyak adalah pendekatan
yang wajar kepada atlit tersebut. Air sejuk adalah diutamakan kerana ia
memudahkan penyerapan berlaku di organ penghadaman
Pemakanan selepas
pertandingan
Acara-acara yang mempunyai
masa rehat yang cukup (selepas 3 jam atau pada hari berikutnya) atlit harus
memberi tumpuan kepada pemakanan yang dapat membekalkan tenaga untuk
menggantikan tenaga yang telah digunakan. Makanan berkarbohidrat dalam bentuk
cecair adalah sesuai untuk mereka. Atlit tidak perlu mengambil suplemen vitamin
atau mineral yang banyak pada ketika ini. Atlit digalakkan makan makanan yang
seimbang dan pada masa yang betul.
Makanan yang mengandungi
jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral dan air yang betul
disebut sebagai makanan seimbang
Kuantiti makanan yang
diperlukan berbeza antara seorang dengan orang yang lain. Keperluan makanan
bergantung kepada umur, saiz dan aktiviti yang kita lakukan.
Makanan yang mengandungi
karbohidrat, lemak dan protein sering disebut sebagai makanan bertenaga tinggi.
Ini kerana makanan ini mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kebanyakan
buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mempunyai nilai kalori yang rendah. Makanan
ini tidak membekalkan tenaga tetapi mengandungi banyak vitamin, mineral, air
dan bertindak sebagai pelawas.
Jenis Makanan
|
Kumpulan Makanan
|
Makanan
membina tubuh
|
- Kaya
dengan protein.
- Daging,
ikan, ayam, itik
1
hidangan = 1 kota mancis
- Kekacang
seperti dal, kacang tanah, kacang hijau, tauhu
- Telur
dan susu
|
Makanan
memberi tenaga
|
- Nasi
dan makanan lain memberi tenaga
1
hidangan = 1 cawan nasi (padat)
- 1 hidangan
ubi = 1 cawan atau 1 ukuran sederhana
- Lemak
dan minyak
|
Makanan
menjauhkan
Penyakit
|
- Sayur
berdaun dan berwarna kuning
1
hidangan = ½ cawan dimasak atau 1 cawan mentah (kankung,bayam,sawi,cekur
manis,kelor,pucuk ubi,pucuk paku)
- Makanan
yang kaya dengan vitamin C
1
hidangan = 1 ukuran sederhana atau 93.75g (jambu batu,tomato,oren,betik,nanas
dan lain-lain
- Buah-buahan
dan sayur-sayuran lain
1
hidangan = 1 hiris atau ukuran sederhana (labu manis,lobak merah,kacang
panjang, terung, bendi dan lain-lain)
|
Bantuan Ergogenik Pemakanan
Istilah bantuan ergogenik (
asal bahas Yunani “ergo” yang bermaksud kerja ) mula muncul dalam majalah
pemakanan sejak 20 tahun yang lalu. Terdapat banyak pembekal makanan telah
mengiklankan hasil produk mereka yang dapat meningkatkan prestasi seseorang
atlit yang mengambilnya. Bantuan ergogenik adalah bahan nutrien / makanan
yang dapat membantu menggantikan simpanan tenaga yang kehabisan semasa aktiviti
fizikal dan juga memulihkan bekalan tenaga yang kehabisan semasa aktiviti
fizikal dan juga memulihkan bekalan tenaga dengan cepat selepas sesuatu
aktiviti fizikal yang berat.
Tokokon Karbohidrat
Penambahan simpanan
karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali sebagai tokokan karbohidrat
atau dikenali sebagai kompensasi glikogen. Teknik ini biasanya digunakan
untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya
dan trithlon. Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh ditingkatkan dalam
mengurangkan latihan dan pada masa yang sama menambahkan pengambilan makanan
yang kaya dengan karbohidrat.
Pengambilan karbohidrat
yang berlebihan harus djalankan selama seminggu sebelum hari pertandingan.
Pengurangan volum dan intensiti latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari
pertandingan membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik
yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada
tiga fasa iaitu:
·Fasa 1: Hari 1 –
2 : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat norma
·Fasa 2: Hari 3 –
5 : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat ( 70 %)
·Fasa 3: Hari ke –
6 : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti biasa.