DEFINISI
Pemakanan adalah kajian tentang makanan dan nutrien
dan juga kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang
individu.
Pemakanan sukan adalah bidang pengajian yang
mengaplikasikan strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan adaptasi kepada
latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan prestasi optimal semasa
pertandingan.
Pemakanan sukan bagi individu yang aktif secara
fizikal di lihat dari segi dua aspek:
·pemakanan
semasa pertandingan
·pemakanan
semasa berlatih
Kepentingan
Pemakanan kepada prestasi atlet
Prestasi cemerlang dalam sukan bergantung kepada
dua faktor utama iaitu ginetik dan status latihan. Pemakanan sukan mampu
memberi kelebihan yang signifikan terhadap prestasi atlet. Apabila seseorang
atlet kekurangan nutrien tertentu, prestasi fizikal terganggu kerana bekalan
tenaga tidak mencukupi, ketidakupayaan untuk menjana metabolisme secara optimal
ketika bersenam serta kekurangan sintesis tisu badan dan enzim.
Keperluan
Nutrien dan Pemakanan Seimbang
Definisi nutrien adalah bahan dalam makanan yang
membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan membaik pulih tisu dan menjana
metabolisme. Terdapat enam kelas nutrien : karbohidrat, lemak, protein,
vitamin, mineral, dan air. Konsep pemakanan seimbang merujuk kepada pemakanan
pelbagai makanan yang merangkumi kesemua nutrien yang diperlukan untuk
tumbesaran. Walaupun diet setiap individu memerlukan nutrien essential dan tidak essential, keperluannya berbeza mengikut umur dan tahap kehidupan.
Contohnya seorang atlit marathon memerlukan diet yang berbeza dari rakan atlit
yang terlibat dalam sukan memanah.
Nutrien essential dan bukan essential
Nutrien
essential adalah nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi terlalu
sedikit dihasilkan atau tidak boleh dihasilkan oleh badan. Karbohidrat dianggap
sebagai nutrien essential kerana ‘dietary fiber’ yang terdiri dari
karbohidrat diperlukan untuk mengelakkan penyakit tertentu. Karbohidrat, lemak,
protein, air dan beberapa mineral dan elektrolit dinamakan makronutrien kerana
diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien adalah
nutrien yang diperlukan juga tetapi dalam jumlah yang kecil (ukuran dalam
miligram dan mikrogram). Manakala nutrien bukan essential adalah nutrien
yang terdapat dalam makanan dan boleh juga dihasilkan oleh badan. Contohnya
glukosa atau dikenali sebagai karbohidrat ringkas. Glukosa boleh didapati
daripada makanan dan pada masa yang sama boleh dibentuk daripada penguraian
lemak dan protein. Dalam aktiviti fizikal, glukosa diperlukan untuk membekalkan
tenaga tetapi pengambilan glukosa dalam diet harian adalah tidak perlu.
best..kalo junior nampak ni..trus kena copy paste terus ni utk buku sumber..hehe
ReplyDeleteHi Sport Inspiration,
ReplyDeleteNice blog! I might consider to share some information from here to my blog as well.
Regard
Chris Yong
Something good that all should follow as it promotes healthy living... Sesuatu yg harus menjadi ikutan dlm kehidupan seharian kerana ianya mempromosikan kehidupan harian yg sehat... Thumbs up, 100%
ReplyDeleteGood info about health. Keep it up.
ReplyDelete